Telegram Bot
Malay NajmiFetih.@najmifetih
NajmiFetih. Matanya bebas melihat dunia luar. Liar. Tetapi dirinya terperangkap dalam penjara dosa yang dia sendiri cipta. #Penjara !

Instagram.com/najmifetih
HashFlare
Information
6 234
members
5.12%
141
publications
~ 5 156
views per week
~ 9 943
views per month
  • 0
    in this channel
  • 111
    from this channel
  • 65
    forwarded channels

:(

No one has rated this channel
Be the first!
Channel statistics
Show
Publications Last 10 publications
July 1, 2017 22:25
Sedih hati, seolah-olah dapat aku rasakan hatiku dipijak hancur, dicincang luka tanpa belas.

Suugguh, aku jaga cinta sejaganya.
Aku setia seadanya.
Tak pernah menipu, jujur senantiasa.

Namun mengaoa masih luka?
Mengala masih parah didera?
Apa kerana begitu takdirnya?

Sungguh Tuhan,
Aku tidak kuat.
Aku lemah tanpa kekuatanMu,
Aku rebah tanpa bimbinganMu,
Aku buta tanpa cahayaMu..

Sungguh sakit, seolah aku merasakan aku tiada lagi punya hati,
Dapat kurasa betapa pedihnya cinta ini mati, bukan amgkara diri aku yang setia disisi.
Tapi angkara manusia yang langsung tak pandai menghargai.

Ya Ilahi,
Ajar aku erti sendiri.
Sungguh, jangan pernah kau serahkan aku kepada diriku meski sekali,
Pandulah aku, sentiasa berada di sebalik tirai keputusanMu,
Sungguh, aku adalah hambaMu yang buta tak bersyukur.

Aku lemah,
sungguh lemah tanpaMu...
June 24, 2017 07:16
Terlalu leka mengejar cinta,
Sehingga terlupa menggapai cita, harapan orang tua.

Sampai gila, dia bertaruh cinta.
Separuh nyawa, dia harapkan cinta.
Sampai mati, dia setia.
Sehingga lupa, definisi sebenar bahagia.

Ramai terleka, terlelap lantas rebah terluka.
Dia tertipu, terpedaya dengan permainan syaitan durjana.

Fikirnya, ianya fitrah, biasa.
Sebenarnya, syaitan sedang ketawa, menang bahagia.

Kadang,
Kau mencari-cari bulan.
Memandang sekeliling, lama.
Namun tak jumpa.

Sedarlah.
Bulan itu ada.
Mungkin hilangnya bulan, terlindung dek matahari.

Redha.

#NafasIstidraj
April 16, 2017 14:21
"Kau.. Jangan jadi macam dia."

Antara puisi yang ada dalam buku Kerna Syura bukan Percuma 2 yang bakal terbit hujung bulan ini insyaAllah.

Doakan!
Semoga bermanfaat.

#KSBP2
#najmifetih
April 16, 2017 14:20
This publication contains an image.
March 30, 2017 13:58
Jom follow The Faith di media sosial anda!

The Faith, terdiri dari 4 orang remaja yang bernaung di bawah Tarbiah Sentap Records.

Mereka sedang menghasilkan single sulung mereka dan sekarang ini sudah 7 buah lagu cover mereka hadiahkan buat anda semua.

Lagu SAUDARAKU merupakan cover terbaru hadiah buat anda semua.

Jom follow The Faith!!😊

@the4aith INSTAGRAM
@thefaith4 TWITTER
@thefaithofficial YOUTUBE
March 30, 2017 13:58
This publication contains an image.
February 23, 2017 02:43
Tulis.

Bila mana hati dah kemarau kasih sayang, biar seketika mulut untuk bisu berbicara.
Izinkan hati yang sedang tenat pula mengungkapkan kata.

Kata hati;

Apa dengan mencintai manusia si peminjam cinta, kau dapat mengeratkan cinta dengan Pencipta?

Ayat cliche. Peduli apa?

Jangan kerana mengikutkan emosi, kau dera hati kau yang berhak dikasihi.

Kata hati lagi, nafsu itu perigi. Kau dapat lihat yang lubangnya kecil tanpa kau sedari, ianya mempunyai kedalaman yang tinggi.

Hati-hati kata hati.

Sebab lupa Ilahi, kau lupa yang kau beridiri atas bumi.

Pujuk hati lagi, manusia dengan ujian, seperti satu persahabatan.

Ujian yang hebat untuk hamba yang kuat. Jatuh, bangun. Jatuh bangun. Bukan bila jatuh, gedebuk. Terus rebah.

Kuat sikit wei. Sampai bila nak syaitan huha huha gelak ketawa lihat hamba sang Pencipta duka lara menangiskan perkara tak berguna?

Bangkit.

Nak capai cita-cita, kau perlu bangun daripada tidur yang lena. Jangan. Jangan biar mimpi yang melalaikan itu meragut kewarasan akal fikiran.

Wahai.
Pesan terakhir hati yang tenat.

Bila mana kau sedih, ingat perkara yang hepi. Dan bila mana kau hepi, jangan lupa akan mati.

Hati dah bisu, habis bicara maka ia terus lesu. Dengan pesanan jadian, terserah akal untuk tafsirkan.

Buat apa yang rasa Allah redha, bukan apa yang manusia suka.

Berhenti sedih.
Senyum.

― Hati tenat.

[Isnin, 12:57 p.m.]
February 2, 2017 12:03
This publication contains an image.
February 2, 2017 12:03
Lagu Aku Ingin Pulang - Areef
February 2, 2017 12:03
Assalamualaikum!

Lama tak update. Insyaaallah lepas launch buku Kerna syurga bukan Percuma 2 pesta buku nanti baru sempat kot update telegram.

Sebelum itu, minta tolong undi lagu sahabat saya ni boleh?

Buka link ini.
http://ikimfm.my/undian-carta-ikimfm/

Terima kasih.
Moga Allah membalasssssnyaaa!
Publications of channel
Go to full channel publications archive
Get it on Google Play